Friday, 18 March 2011

Sakit Gigi

Gigi maok tumbuh...


Bukan gigi Raisha tapi gigi Ummi nya..ahaks...
Dah tua tok baruk lah nk tumbuh gigi geraham nok hujong ya..last 3 years gigi kat atas tumbuh tok gigi geraham debah gk..
Sebelah kerek..sakit gusi so susah nak makan lok...huhu..seminggu dah tok p masih juak sakit..tp gigi dah nampak....hihi... :)

Thursday, 17 March 2011

9 KG.............

Pada umur 1 tahun 10 bulan 2 hari.....
Berat RAISHA...9 kg ajak....aduh2...
Dahlah tahun tok dah 3 kali nya demam...
Anak aku tok nang aktif bena wp demam nya akan bmain n berlagu juak..
Mun d umah nang Barney jak2 mun x video klip kat tv...pasya nya blagu n btandak skali..
Berik scott emulsion nya nang xmaok..dilowek nya balit..
Vitamin diberik doktor pun nya xmaok..
Diberik makan Appetton yang suruh makan pun x berapa glak berkesan...


Tapi Isnin ya tek ku ada bli Vitamin C Appetton perisa Blackcurrant..
Maoknya makan..belalak gik ya tapi xboleh berik banyak..
Harap pastok nya makin sihat...dahlah masih flu & batuk...suara nya pun dah bertukar..
Lucu juak dengar sora nya tp sian nya batuk..huhu..makan ubat bukan main susah...


Dahlah maok mbak nya g suntikan H1N1 next week..harap nya dah sihat tyme ya..
AMIN...

Raisha's Handbag

Anak ku tuija maok pake handbag...mun nya diat aku mbak handbag gago juak lah nya
Make up pun gya..ambik beg make up dibungkar nya...tauk nya cne ngkah eyeshadow..lipstick.....
TUIJA...hahaha...



Toklah handbag mainan buk dibeli Abah Raisha kat Emart..ya nya gago mbak g ambik Anjang Ma kat airport...hahaha..tetak Anjang Ma nya diat.... :))


Waterfront



Main2 kat waterfront last week..rindok hati nya diat api...berekot jak d sia..
Dah Ummi beli pistol Bubble kat sia makin rindok nya ngepong Bubble ya..pulang umah lalu tdo cuz suk ati kak main..hihi :))

Gambar Raisha main2 p malam tok maok g waterfront gik cuz malam tadik lalu sia so sian juak diatnya ingin gik g sia...Abah Raisha dah janji maok mbak malam tok..harap x hujan jaklah.. :))








xtauk nak mileh cgek ne api...hihi..


Pizza Ria


Makan kat Pizza Ria kat Upwell, Matang...
Dah 3 kali g sia lalu kenal org kat sia dgn mekorg...hahaha...tauk waitress ya fav food laki ku and air Ribena anak ku ya...selagik kakak ya x nganta air kotak Ribena nya selagi yalah nya diat kakak ya sampe nganta Ribena dgnnya buk nya x diat lagik..mun lambat mesti nya gago nunggah "KAKAK"...
sapa ajar mun x Ummi nya...hahahaha

Toklah sebahagian gambar diambik kat Pizza Ria...mun Raisha lalu kat dpn ya dah gago nya padah Yeay Yeay mamam Piza..tapi x nya makan bena..bmain ajak.. :)















Abang Haikal & Abang Faiz




Kedak tanggak cdak tiga ctok..toklah cucu Mak ku..
Raisha sorang jak Princess ne ndak manjak glak..hihi..



Tok nya xmaok pulang..nya maok duduk d krusi yajak...

Wednesday, 16 March 2011

Selamat Diguna Ke Botol Susu Anak Kita?


Marek dah gago hal botol susu..so maok share lah tentang botol susu yang bagus digunakan utk anak2 kita..

Marek dah ku borong 10 botol susu BPA Free...hahaha...
Balit keja marek laki ku ngajak beli botol susu Raisha cuz pa ku pdh botol susu Raisha kebanyakkan smua nombor 7 kat belakang botol..huhu...
Ada ku beli brand Tommie Tippie ya tapi Raisha xberapa suka glak lok..pepet nya keras berbanding yang lain..so terbiarlah 2 egik botol ya di rumah..

Aku tok sebenarnya suka bebeli botol susu..asal nangga design kacak kit adalah ku beli especially ada Barney..hihi..p yalah nok baru ya xpat dipake so pake main Raisha jak lah hihi...

Oklah tok maok dikongsi bersama..ku copy paste jak..hihi..
Selamat membaca and dpt info yg bagus utk kita semua.. :)




Sebenarnya dah lama nak berkongsi cite pasal ni sebab saya tau ramai yang mungkin tak perasan/ tak sedar atau mungkin tak tau pun apa pasal ni. Sebelum tu saya nak tanya, anda kenal dengan logo ini? Saya percaya kita semua tau apa maksud logo ini..





Bagaimana pula dengan simbol-simbol/ kod-kod berikut?



Mana boleh jumpa? Kod-kod ni selalu anda boleh jumpa kat botol-botol plastik. Contohnya botol air mineral atau minuman lain yg anda beli, bekas-bekas plastik yg digunakan dirumah, bekas tau fu fa yang anda beli kat pasar malam malahan kat botol susu anak anda. Perasan kan? Secara umum tanda pengenalan plastik tersebut adalah:


1. Berada atau terletak di bahagian bawah


2. Berbentuk segitiga


3. Di dalam segitiga tersebut terdapat angka


4. Serta nama jenis plastik di bawah segitiga



Apa pentingnya kita ada pengetahuan tentang kod-kod ini? Ini la yg saya kongsi hari ni. Secara ringkasnya bahan-bahan tersebut adalah:-


1) Polyethylene terephalate (PET)

2) High density polyethylene (HDPE)


3) Unplasticised polyvinyl chloride (UPVC) or Plasticised polyvinyl chloride (PPVC)


4) Low density polyethylene LDPE

5) Polypropylene (PP)


6) Polystyrene (PS) or Expandable polystyrene (EPS)


7) Other, including nylon and acrylic


JENIS PERTAMA
Angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman. Botol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

JENIS KEDUA
Angka 2 ditengahnya, serta tulisan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satubahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.


JENIS KETIGA
PVC bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.


JENIS KEEMPAT
Angka 4 di tengahnya, LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik.
Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan namun tetap baik untuk tempat makanan.


JENIS KELIMA
Angka 5 di tengahnya, PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.
Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.
JENIS KEENAM
Angka 6 di tengahnya, PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.


JENIS KETUJUH
Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:

1. SAN - styrene acrylonitrile

2. ABS - acrylonitrile butadience styrene

3. PC - polycarbonate

4. Nylon

Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego. Plastik jenis ketujuh inimerupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman.


Plastik dengan jenis 7 yaitu SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan sebagai bekas makanan ataupun minuman. Bagaimana jenis plastik dengan kod 7 serta tulisan PC? PC – atau nama Polycarbonate dapat ditemukan pada botol susu bayi dan botol minuman polikarbonat yang dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imuniti. Disyorkan tidak digunakan untuk bekas makanan ataupun minuman. Ironisnya botol susu sangat mungkin mengalami proses pemanasan, entah itu untuk tujuan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.

Jadi, ibu2, mama2, ummi2 dan mummy2...mulai saat ini sama2lah kita buka mata besar2 sket utk perhatikan kod2 yg tertera demi utk kebaikan keluarga kita bersama. Apa yang penting:-



* Harus bijak dalam menggunakan plastik, khususnya kod 1, 3, 6, dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai!

* Adalah selamat bila menggunakan plastik dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (SAN atau ABS)

*Pilih dan gunakan botol susu bayi berbahan kaca, atau plastik jenis 4 atau 5.

* Jika penggunaan plastik berbahan polycarbonate tidak dapat dielakkan, janganlah menyimpan air minum ataupun makanan dalam keadaan panas. Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (kod 1) dan HDPE (kod 2), tidak dapat dicegah, gunakanlah hanya sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.

* Elakkan memanaskan makanan yang disimpan didalam plastik, khususnya pada microwave oven, bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plastik pembungkus ketika akan dipanaskan di dalam microwave oven.

* Elakkan menggunakan plastik untuk menyimpan makanan berminyak atau berlemak. Cubalah untuk menggunakan bekas kain untuk membawa sayuran, makanan, ataupun belanjaan.


* Elakkan penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunalah alat makan stainless steel, kaca, ceramic atau kayu

Wednesday, 2 March 2011

~ OUR WEEKEND ~


Sabtu ( 26 Feb) 

Mekorg g polah passport so awal lah mek 3 turun dari umah before kol 8am..sampe dia cya hari lom hujan..banyak juak org polah passport hari Sabtu duhal... p x lah lamak juak nunggu :)
Pas nunggu tek ditunggah org keja cya duhal gambar passport Raisha xpat ditrimak cuz ada 2 kaler gambar biru kat belakang ya..lelah mek 3 g Tabuan Jaya ambik gambar Raisha lagik..dah lah hujan lebat nasib parking kat dalam mun x kah nang ngerepak juak mun jauh paking cuz hujan...huhu..

Toklah gambar Raisha sementara nunggu...
Berolah da jak xpat ditahan..hehehe..



Sekejap jak renah tok pasya turun gik dari krusi...





Duduk camtok indah anak Ummi tok lok..haha..


Tok lah Raisha nyukat tinggi...83cm tinggi anak Ummi & Abah lok..
suka nya bermain di cya..mala jak nyuruh ku sukat nya di cya..hahaha..


Tok dah ngelepar balit..bermain jak2.. :))



Ahad (27 Feb)

Mek 3 g AIRPORT..ambik kawan Abah Raisha..
Suk Raisha bermain di cya...
Toklah gambar Raisha ditahan oleh Abah..
Mun x nang berekot jak nya di cya.. mala gugok p x juak jerak lok..