Wednesday 23 November 2011

Plasenta Previa @ Uri Di Bawah

Aritok tek g ambik darah kat HUS...kol 745am dh sampe di sia..
semangat tek netauk xlamak..
Cek2 nunggu doktor kol 915am buk dtunggah..
boring juak duduk nasib da meli news awal2 tek...


lebih kurang sejam juak buk abis cuz nya ngecek & ambik darah...
Next week g lagik ke HUS...buk jak 2 kali g HUS dah boring nyawa ku tok..
Tapi demi keselamatan dirik & baby....
InsyaALLAH xdalah apa2 komplikasi tyme beranak lak...smua nya ok..

(kak baca info ttg placenta previa marek suruh ku susah hati sebenarnya...huhu.. )

THINK POSITIVE jak tok & TAWAKAL kepada ALLAH swt berharap smuanya ok...
AMIN




(Info for sharing)

Masalah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:
  • Jenis I atau uri rendah. Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.
  • Jenis II atau pinggiran. Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.
  • Jenis III atau separa. Uri menutup separuh pangkal rahim.
  • Jenis IV atau lengkap. Uri menutup seluruh pangkal rahim.
Jenis I dan II dikenali sebagai plasenta previa minor, manakala jenis III dan IV dikelaskan sebagai plasenta previa major yang sering menyebabkan pendarahan membimbangkan.
Namun, bukan semua kes uri di bawah dipanggil plasenta previa. Jika kandungan kurang daripada 28 minggu, masalah ini dikategorikan sebagai uri rendah dan hanya selepas kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini berterusan baru ia dipanggil plasenta previa.

Komplikasi
Jika anda mengalami masalah plasenta previa, doktor akan memantau kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk mengurangkan komplikasi seperti:

  • Pendarahan yang banyak.
  • Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan).
  • Kedudukan uri di bawah juga boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi tidak betul, sama ada menyongsang atau melintang, terutama bagi wanita yang mengalami plasenta previa major. Malah, masalah ini meningkatkan risiko wanita untuk mendapat masalah plasenta akreta.
  • Plasenta akreta (uri tertanam dalam dinding rahim dan ia sukar tercabut secara semula jadi apabila bayi dilahirkan). Jika keadaan serius, doktor terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan rahim untuk menyelamatkan nyawa ibu. Plasenta akreta tidak boleh dibiarkan kerana ia menyebabkan pendarahan berterusan selagi tidak dikeluarkan. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku.
  • Plasenta abruptio. Uri terpisah atau tercabut dari dinding rahim sebelum sampai waktu melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan bayi mengalami kesesakan akibat ketiadaan bekalan oksigen dan nutrien. Malah, keadaan ini mengakibatkan pendarahan yang membahayakan nyawa ibu dan bayi. Walaupun ia boleh terjadi kepada wanita yang tiada masalah plasenta previa, masalah ini jarang berlaku.

Adakah ia membahayakan bayi anda?

Masalah uri rendah secara umumnya tidak mendatangkan bahaya pada bayi. Namun jika menyebabkan pendarahan, ia boleh mengakibatkan bayi turut mengalami masalah kekurangan darah.
Pendarahan boleh berlaku bila-bila masa bermula dari kandungan berusia 28 minggu hingga sebelum bersalin. Masalah ini juga boleh menyebabkan seseorang wanita terpaksa bersalin awal (tidak cukup bulan atau kurang 36 minggu).
Lebih membimbangkan, pendarahan banyak yang berlaku ketika kandungan kurang daripada 26 minggu boleh menyebabkan keguguran. Malah, si ibu boleh meninggal dunia jika dimasukkan ke hospital yang tiada bekalan darah.
Rawatan dan penjagaan bergantung kepada masalah dihadapi, sama ada pesakit perlu berehat di atas katil, memerlukan pemindahan darah atau menjalani pembedahan Caesarean. Bagi pendarahan akut (banyak dalam masa singkat), pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan pemeriksaan rapi dilakukan untuk memastikan ia tidak berulang.
Malah, pesakit mungkin terpaksa menerima bekalan darah jika pendarahan terlalu banyak. Namun, dalam kebanyakan kes, di bawah pengawasan doktor, wanita boleh meneruskan kehamilan sehingga bayi cukup matang untuk dilahirkan.
Bagi wanita yang ada plasenta previa tetapi tidak mengalami pendarahan, mereka masih perlu berehat di hospital sehingga bayi cukup matang (antara 36 hingga 38 minggu kehamilan) untuk menjalani pembedahan.
“Wanita yang mengalami masalah ini dinasihatkan memilih hospital yang ada bank darah dan kelengkapan mencukupi. Wanita juga perlu memaklumkan doktor mengenai masalah yang dihadapi jika membuat pemeriksaan di tempat lain.
“Hospital akan menyimpan bekalan darah untuk pesakit dan memberi suntikan pada wanita yang pernah mengalami pendarahan. Suntikan ini diberikan sebelum minggu ke-34 kehamilan untuk mematangkan paru-paru bayi. Jika berlaku pendarahan lagi, doktor akan segera melakukan pembedahan Caesarean,” katanya.
Masalah plasenta previa bukan penghalang untuk anda mengandung lagi kerana tidak semestinya perkara ini berulang. Malah, anda juga boleh mendapat anak sihat dan comel seperti orang lain.
Namun Dr Fatima menyarankan wanita yang ada sejarah plasenta previa supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun. Justeru, persediaan minda penting. Cari maklumat lanjut mengenai masalah ini supaya anda faham dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk komplikasi serta rawatan yang ada.
Sebaik mengetahui anda mengandung, bincang dengan doktor mengenai langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelak pendarahan. Anda juga mungkin terpaksa mengurangkan aktiviti seks atau mengelakkannya langsung jika berlaku pendarahan.
Kumpulan berisiko

  • Terlalu kerap mengandung dan kehamilan yang terlalu rapat.
  • Pernah menjalani pembedahan Caesarean ketika melahirkan anak terdahulu.
  • Pernah menjalani pembedahan untuk membuang fibroid.
  • Mempunyai luka pada rahim.
  • Pernah menjalani dilation and curettage D & C (selepas menggugurkan anak) yang menyebabkan rahim luka dan berparut.
  • Mengandung pada usia terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun). Risiko bertambah tinggi dengan peningkatan umur.
  • Pernah mengalami masalah plasenta previa pada kandungan terdahulu.
  • Mengandung anak kembar.
  • Merokok atau mengambil dadah.

Monday 21 November 2011

32 weeks

Alhamdullillah dah 32weeks dah aku....
Tapi....

Masa 28weeks rya scan baby kat Klinik Jawa so doktor juz pdh baby debah glak...
So akan scan agik masa 32weeks..

So marek ku scan kat Klinik Jawa n palak baby maseh juak dbah glak..
Lalu lah dsuruh g Hospital (HUS) cuz maok scan cne kedudukan placenta or temunek
Hubby ku lalu nerbes yalah ku ambik nya kat opis g hospital mek duak
Lam setengah jam juaklah nunggu tek..
Pasya doktor pun nunggah...

Ada 2 org doktor..sorang tek perempuan n sorang tek laki..
Tapi doktor laki ya expert gklah...
1st scan kat perut dolok oleh doktor perempuan ya tek p x juak nampak kedudukan temunek ya tek...doktor laki ya coba juak...sakit juak rasa nekan2 pake alat scan ya tek..

Disebabkan x nampak temunek ya tek lalu dsuruh scan melalui debah kta ya..Adeh2..
Nerbes juak ku cuz takut sakit..
P syukur juaklah doktor laki x kasar glak so x sakit glak lah..
so dah dapat kedudukan temunek ya tek...



nok sebelah kerek ya palak baby & sebelaha kanan ya temunek
so dekat glak dgn pintu rahim kata doktor


Yalah doktor padah mun tba2 jak bleeding or sakit perut terus g hospital n akan ceaser lah..
Tapi mun xda pa2 akan nunggu 38weeks lah so akan ceaser juak...
Demi keselamatan Ummi & baby juak.. :)
So baby tok sama ada klua mayb thiz yr or next yr..gne ya??hehe....

Dahya tek darah pelu diambik cuz takut x cukup darah tyme ceaser lak..
So tpaksa lah g HUS 2 kali seminggu (Isnin & Khamis)....
Lemah sa nyawa lok ambik darah tok..x lamak biru tangan ku tok...huhu

Tapi Doktor ya tek akan scan skali gik lah nk diat agik cmne.. 7 Dis lak..
Harap2 doktor yang sama lah kelak...takut sakit lok.. :(
and bharap juak smua nya akan selamat...
AMIN....




Thursday 10 November 2011

Sekadar Luahan Hati

Penah x ktkorg merasa situasi tok...
Adik beradik dirikpun dapat juak kta nego mun cdak polah salah wp kdg2 x ambik peduli lah tp at least ktk puas hati cuz dpt nego perangey cdak yg x kta kenan lah nak..

Tapi..............
mun sebelah keluarga len ng kta xpat nk nego apatah lagi mun smua mbak palak dirik & ego masing2..
masing2 cdak jak betul...kta hanya mampu diam ajaklah wp hati sakit lah juak sedikit sebanyak ya... 
lebih2 lg mun apa yg kta polah wp bagus pun x akan dipandang kebaikan ya & org lain juak bagus...

Ingat ku dolok masa gk bgerek ng laki ku jenis anak mak...smua pdh cmya..
mun nya tek bjalan & tba2 dsuruh kol balit umah ng kompom balit nya pake jaga umah cuz xda org neman org tua d umah... 

p smuanya berubah masa ku kak beranak rya..
adalah kelaie ckit dgn abgnya tp masalahnya kmkorg juak yg dianggap jaik & smua kebaikan selamak tok ng x dpandanglah...cdak lain smua bagus dimatanya....sampelah kinek tok..

so nektok hidup kmk org ng btiga ajaklah & coming soon lah 4 beranak lah...hehe...
Ntahlah cmne nk pdh...kelak cdak anok mekorg tp cdak nya pun x sedar kedirik..
makin nok sorang ya dolok nya x keja tp nektok dh keja besa2 lah tp msh juak mintak duit..
dasar x malu..dolok kelaie dgn org bukan men jak lok...maka keja p masih juak mintak duit..eran hatiku...
tapi org ya juak dipdh bagus...xpaham ku koh!!

kdg2 ku piker nk..Salah kah????? nang jak salah tapi mun dh org pileh kasih cmne nk polah nk ow takut ketulahan jak lah... :(

mcm cdak len cakap jak lebih sak lelah cdak ya muncul d umah pun hari tertentu jak cthnya ms perayaan or pa2 yg ptg jaklah...mun x jarang juaklah nk diat..

Yalah cabaran lam rumahtangga tok..mmg lah masing2 ada polah salah & ku ngakuk mekorg pun da polah salah juak tp mun dh selamak tok kebaikan x dipandang mcmne lah nk??????
diat org keluarga org len mcm best jak & ingin juak mcm ya tp ne nak polah dah cdak masing mbak ego dirikpun... 

Mun dh dipadah smua ng xda guna nya lah...bikin hati panas ajak!!! HUH....

Aku sentiasa bdoa mudahan mekorg sekeluarga dimurahkan rezeki & dapat meli umah kedirik..
biarlah susah senang bsama keluarga sendirikpun...
walaupun harta beribu kah bjuta kah mun dh diungkit pun x guna...
bagus carik duit dirikpun jak..kta pun senang hati cuz ya adalah hasil titik peluh kta sendirik...

Tok sekadar LUAHAN PERASAAN jak k...so d ctok jak lah crita ya xda klua indah dr blog tok...hehe...

I LUV MY HUBBY, PRINCESS CHACHA & COMING SOON DEDEK CHACHA.... :)
SEMOGA KTA SEKELUARGA AKAN DIMURAHKAN REZEKI, SELAMAT & DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT & 
SMOGA KEBAHAGIAN ITU MENJADI MILIK KTA SEKELUARGA...AMIN.............

Tuesday 1 November 2011

Chacha


Chacha: Ummi men luar??
Ummi: Mamam jagung lok buk men luar k...
Chacha: Okay..

pasya Afif ajak Chacha men kat luar..

Afif: Juh juh...(sambil masang selipar)
Chacha: Mamam jagung lok buk men luar....

pasya nya diat ajak Afif men luar..hehe...

Alhamdullillah..sejuk ati Ummi dengar...
Dengar juak Chacha pa pdh Ummi...
Harap2 sampe ke besar...
InsyaALLAH anak Ummi jadi anak yang solehah, dengar kata Abah & Ummi, dilindungi dan diredhai oleh ALLAH swt & selamat di dunia & akhirat kelak...AMIN....

Syukur Ummi cuz semakin hari Chacha semakin cerdit n pintar...n sihat juak wp xmaok makan glak..hehe...
Sayang Anak Ummi lok....n Dedek lam perut juak.. :))